Permohonan Bantuan Khairat Kematian Disebabkan COVID19 – RM1000

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian yang berjumlah RM 1,000 kepada rakyat Selangor yang telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid19, selaras dengan inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0. Bantuan ini akan diberikan terus kepada wakil ahli keluarga.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk maklumat bersama. Bantuan ini telah diumumkan melalui Pakej Selangor 2.0 Oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

 

APAKAH KHAIRAT KEMATIAN COVID-19 KITA SELANGOR?

Ianya merupakan satu inisiatif iaitu sumbangan khairat kematian yang diberikan terus kepada keluarga pesakit COVID19 yang meninggal dunia pada tahun 2021 bagi sedikit membantu untuk meringankan beban mereka.

 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak jati kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU telah bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun(sertakan bukti).
  3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan pastikan ianya dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di negeri Selangor (covid-19)
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  6. Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
  7. Bantuan ini adalah terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diperuntukkan ialah RM1000 bagi setiap waris iaitu keluarga terdekat(kandung).

Kerajaan Negeri akan lebih mengutamakan waris terdekat seperti berikut:

  • Sekiranya berkahwin : suami atau isteri si mati
  • Sekiranya belum berkahwin : ibu atau bapa si mati atau adik beradik kandung sekiranya ibu/bapa uzur.
  • Ibu/bapa tunggal : ibu atau bapa si mati atau anak berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun bank atas nama anak itu sendiri.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka kepada warga selangor bermula pada 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 atau sehingga habis peruntukan inisiatif ini iaitu terhad kepada 1500 orang sahaja.

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan bantuan khairat kematian ini boleh dibuat menerusi laman sesawang berikut:

https://www.selangorprihatin.com.

  • Waris perlu memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat.
  • Pihak Kerajaan Negeri Selangor berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggar syarat permohonan.
  • Permohonan adalah sekali untuk 1 keluarga si mati sahaja.

 

KAEDAH PEMBAYARAN

Penyaluran bantuan RM1,000 ini akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh masa 14 hari waktu bekerja dari tarikh kelulusan permohonan. Perkara ini juga akan dilakukan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh terus disalurkan menerusi talian hotline 24 jam:

1-800-22-6600.

 

Leave a Comment