Skim Bantuan Keusahawanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 2022 Khusus Untuk B40

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI BANTUAN KEUSAHAWANAN MAINS (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN) 2022 UNTUK B40

Sedikit hebahan mengenai skim bantuan keusahawanan yang bertujuan untuk membantu golongan fakir, miskin dan B40 yang ingin berdikari dan juga meningkatkan taraf ekonomi.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini telah membuka permohonan untuk Skim bantuan keusahawanan bagi pemohon yang telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi permohonan telah dibuka sepanjang tahun. Anda boleh rujuk info yang selanjutnya di bawah.

Bantuan Keusahawanan 1

SYARAT PERMOHONAN

Berikut kami akan kongsikan kepada anda mengenai syarat-syarat permohonan bantuan untuk bakal pemohon:

  • Beragama Islam.
  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Sembilan.
  • Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Tertakluk pada pengiraan had kifayah.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat, anda boleh membuat permohonan melalui kaedah yang berikut:

PERMOHONAN SECARA MANUAL

Untuk borang permohonan (Borang Am Kebajikan) boleh didapati di kaunter-kaunter Pejabat MAINS Daerah dan juga Cawangan atau anda boleh imbas kod QR yang agda dalam poster untuk muat turun borang.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web MAINS atau anda boleh scan kod QR yang terdapat dalam poster di atas.

www.mains.gov.my

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

  • Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan.
  • [email protected]
  • No Tel: 06-765 1402/06-765 1405/06-762 0648

Anda juga boleh mengikuti media sosial Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) iaitu dengan melalui saluran pautan rasmi yang berikut:

Leave a Comment