Pakej Astro Njoi 2021: Harga Promosi & Cara Daftar

Pakej Harga Astro Njoi promotion: Cara untuk daftar 48 saluran percuma untuk package 2021.

Kepada anda yang tidak mahu ada komitmen setiap bulan untuk bayar bil Astro, anda boleh pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan seperti Astro Njoi. Oleh dengan itu, anda tidak perlu pening lagi untuk membayar setiap bulan dan sama sekali tidak terikat dengan kontrak

Apa yang anda perlukan untuk pakej astro ini adalah piring astro dan dekoder astro. Sekiranya anda mahu tambah pakej astro asas yang sedia ada, anda boleh melanggan pakej tambahan berdasar kehendak serta keperluan semasa anda.

Kami telah perhatikan kebanyakan pemilik homestay yang ada di malaysia dan rumah sewa banyak yang melanggan pakej Astro Njoi ini, sebagai salah satu daya penarik dalam tawaran iklan kepada bakal pelanggan mereka.

CARA MENDAFTAR PAKEJ ASTRO NJOI

Untuk makluman anda, dengan melanggan perkhidmatan TV satelit percuma Njoi ini anda akan menerima sebanyak 48 saluran secara percuma termasuk juga dengan saluran berita malaysia termasuklah Tv1, Tv2, Tv3 dan Astro Awani serta saluran Radio. Sekiranya anda mahu tambah saluran, anda perlu bayar.

PERKARA LINK PAUTAN
GO SHOP https://www.goshop.com.my
LAZADA https://www.lazada.com.my
SHOPEE https://shopee.com.my
  1. Sekiranya anda berminat anda boleh terus klik link pautan yang ada di atas samada anda  mahu daftar beli di Shopee, Lazada ataupun melalui platform Goshop.
  2. Lakukan pembelian dan anda akan dihubungi daripada wakil astro untuk tujuan pemasangan.

Dengan adanya kemudahan pendaftaran astro njoi secara online, ianya dapat memudahkan sesiapa sahaja baik yang tinggal di Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur KL, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang Penang untuk daftar pakej secara atas talian.

PROMOSI PAKEJ HARGA ASTRO NJOI 2021

PERKARA PAKEJ HARGA
Pakej Harga Astro Njoi RM294

Dengan pakej harga ini anda akan menerima bersama:

  • 1x NJOI HD Decoder.
  • 1x NJOI HD Remote Control.
  • 1x Outdoor Unit Satellite Dish.
  • 15 meter wiring cable.
  • 1x HDMI Cable.
  • 1x NJOI HD Smartcard.

Anda perlu cepat untuk membelinya sebelum pakej harga naik tidak lama lagi.

SENARAI SALURAN PERCUMA ASTRO NJOI

Terdapat 18 saluran yang anda akan terima secara percuma dan free termasuklah Bernama TV, TV okey, Tv9, Tv1, Tv2, Tv3, Tv Al-Hijrah dan lain-lain lagi. anda boleh semak pada gambar di bawah ini.

CARA TOP UP

Terdapat 16 pilihan cara untuk anda beli channel astro baru dan topup njoi pin samada di 7 eleven, maybank2u, cimb click, tesco, cosway, aeon big, rhb now, bank rakyat, pbe public bank, lazada, goshop, shopee, petronas, mesra mydin, kk mart, seng heng.

Kemudian anda boleh sms mereka di nombor 33310 melalui format yang telahpun ditetapkan seperti pada gambar di bawah ini. Nantikan kemaskini daripada mereka untuk tujuan pengesahan.

Ataupun terdapat satu lagi cara yang lebih mudah iaitu melalui portal rasmi njoi agar dapat memudahkan anda tambah nilai dan topup astro njoi melalui link pautan ini, https://www.njoi.com.my/top-up-bm

Cara untuk tambah nilai serta top up baki akaun Astro Njoi anda mudah sahaja:

  • Pergi channel 200.
  • Pilih di bahagian My Account’ lalu pilih pilihan ‘TOP UP’.
  • Masukkan 16 nombor pin code yang ada pada anda lalu hantar sms ke nombor 33310.

Contoh seperti yang di bawah ini:

  • SMS 111<jarak>12 nombor smartcard Njoi anda<jarak>16 no pin topup anda
  • Hantar sms ke 33310

CARA LANGGAN ASTRO FIRST NJOI

Pastikan anda telah beli prepaid yang tertera 16 nombor pin code dan anda telah topup akaun anda agar dapat memudahkan anda subscribe mana-mana channel tambahan yang berbayar pada Astro Njoi anda.

  1. Sila pergi terus ke channel/saluran astro 480 untuk langgan Astro First manakala channel 481 untuk melanggan (subscribe) Astro Best.
  2. anda perlu tunggu sebentar untuk proses loading.
  3. Akan terpapar di kaca televisyen anda senarai penuh pilihan filem yang anda boleh langgan samada Astro First (filem Malaysia, korea) atau Astro Best (filem hollywood).
  4. Sila tekan Ok untuk filem movie serta filem yang anda inginkan.
  5. Info yang berkaitan filem dan movie yang anda ingin subscribe akan terpapar.
  6. Sila tekan butang warna ‘BIRU’ sudah bersedia untuk melanggan.
  7. Keluar arahan untuk anda follow dan hantarkannya secara sms ke nombor 32999 dan selepas itu anda akan terima notifikasi sms mengatakan proses langganan anda telah berjaya.
PACKAGE HARGA
Harga package Astro Best
(channel saluran 480)
RM10
Harga package Astro First (channel saluran 480) RM15.90

Cara beli dan melanggan channel lain Astro di Njoi anda termasuklah Astro Rania, Aura (Indo Pek), HBO HD, Cinemax, Nat Geo Wild, Discovery, Animal Planet, Astro Warna, OHk TVN Hd, KBS World (Korean Pack), Astro Citra, Naura, Astro Ceria, History HD, Astro Box Office Bollyone, Al Jazerra sama seperti yang di atas.

Anda cuma perlu tukar ke saluran yang anda inginkan. Contohnya anda ingin melanggan channel Astro Warna, anda pergi ke saluran 107 dan ikut 7 langkah mudah seperti di atas.

Untuk info yang lebih terperinci, anda boleh semak sini untuk proses langganan, https://www.njoi.com.my

BEZA PAKEJ ASTRO BEST & ASTRO FIRST

Bagi Astro First ianya khas untuk filem Malaysia yang berkualiti dan di bawah pengurusan Astro Shaw yang di bawa ke kaca televisyen di saluran 480.

Dan selain daripada filem tempatan Malaysia, Astro First juga turut menawarkan tayangan kepada anda filem Korea, Taiwan dan China.

Manakala Astro Best pula adalah filem Hollywood di saluran 481.

SOALAN LAZIM

1) Apakah nombor njoi customer service?

+603-95433838

2) Mengapakah tiada isyarat atau video tidak keluar di TV?

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh rujuk panduan bantuan di sini,

3) Kenapa tak boleh topup njoi?

Sekiranya anda tidak dapat beli channel baru di Astro Njoi sehingga mendapat notis mengatakan no baucer/baucar yang anda masukan tidak sah, sila hubungi mereka di sini.

Selamat Menonton!!

Sekiranya anda berminat untuk menambah saluran baru pada astro njoi, anda boleh semak cara topup seperti yang dikongsikan di atas.

Leave a Comment