Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid & Kehadiran Murid

Untuk makluman anda Aplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM 2021 KPM secara amnya adalah merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai yang telah ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan dengan murid.

Untuk tahun 2021 ini, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu.

Untuk para ibu bapa/penjaga mestilah mengemaskini beberapa maklumat asas melalui sistem ini.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah dengan:

  • Profil anak jagaan.
  • Alamat anak jagaan.
  • Maklumat penjaga.
  • Asas kesihatan.
  • Perakuan maklumat.
  • Cetak BMM.
  • Cetak surat persetujuan kesihatan.

KEPENTINGAN SISTEM APDM KPM

Sistem ini adalah merupakan satu aplikasi atas talian yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertindak sebagai pangkalan untuk mengisi serta menyimpan maklumat yang penting berkenaan dengan murid.

Sistem ini sangat praktikal dalam mengendalikan data murid di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah PPD serta Jabatan Pendidikan Negeri JPN.

Kepada guru-guru boleh rujuk panduan SPLKPM 2021 baru ini.

PIHAK YANG MENGGUNAKAN SPDM ONLINE

Selain dari pegawai pentadbir APDM di PPD serta JPN, guru kelas dan seorang pegawai yang telah ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem APDM ini bagi mengendalikan maklumat murid serta sekolah masing-masing.

Antara maklumat murid yang telah dimaksudkan ini termasuklah, biodata peribadi murid, kehadiran murid, serta banyak lagi.

Sangat berbeza dengan sistem SAPS Ibu Bapa, APDM lebih kepada rekod kehadiran murid manakala SAPS untuk semak keputusan peperiksaan pelajar.

Sistem ini boleh diakses terus melalui di pautan https://apdm.moe.gov.my

Anda boleh rujuk panduan penggunaan di bawah ini:

PANDUAN PENGGUNAAN

1. Layari Laman Web APDM
Anda perlu melayari laman web APDM untuk memulakan akses ke sistem APDM, layari Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu, http://apdm.moe.gov.my

2. Login Dengan ID Yang Diberikan
Di bahagian kiri laman sesawang pula, login APDM dengan mengisi ID Pengguna serta Kata Laluan.

ID Pengguna: Kod sekolah
(Gunakan huruf besar yang tiada spacebar. Sebagai contohnya, ABC1234)

Kata Laluan: ******
(Kata laluan adalah default password yang telah diberikan oleh sistem kepada Admin sekolah.)

3. Tukar Kata Laluan
Admin sekolah disarankan agar menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.

4. Login Semula
Selepas anda menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan.

Seterunsya login APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna serta Kata Laluan, tekan butang HANTAR.

Untuk membuat tetapan yang selanjutnya, rujuk manual lengkap di SINI.

KEGUNAAN APDM KPM

Antara kegunaan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah seperti yang berikut:

1. Merekod e-Kehadiran Pelajar
  • Aplikasi Pangkalan Data Murid e-kehadiran ini berfungsi sebagai mencatat kehadiran murid ke sekolah.
  • Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan serta tahun.
  • Selain daripada penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid dalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android juga.
Anda boleh rujuk cara pengemaskinian kehadiran murid dalam APDM bagi 3 kategori seperti yang berikut:
  • BERSEMUKA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM).
  • PENGGILIRAN (PILIHAN SEBAB DALAM APDM).
  • PDPR SEPENUHNYA (PILIHAN SEBAB DALAM APDM).

Waktu Pengemaskinian Kehadiran:

  • Sesi pagi: Sebelum jam 10 pagi.
  • Sesi petang: sebelum jam 3 petang.

Nota: Ketidakhadiran murid bersemuka tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin sekiranya pihak sekolah telah dimaklumkan oleh ibu bapa/penjaga atas faktor kembimbangan penularan COVID19.

2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar:

  • Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan mudah serta dengan efisien dengan menggunakan APDM.
  • Data ini akan dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.
  • Antara maklumat murid yang mesti dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang telah diterima dan banyak lagi.
  • Selain daripada itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon yang boleh dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga mesti diisi.
  • Data ini sangat berguna untuk kegunaan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.

Berikut kami akan kongsikan secara ringkas cara mendaftar maklumat murid melalui sistem APDM.

CARA DAFTAR MAKLUMAT PELAJAR

  1. Murid boleh didafatarkan melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.
  2. Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik pada nama murid. Profile murid serta profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
  3. Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas, anda perlu klik ‘Daftar Murid” lalu masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.
  4. Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

3. Mengeksport Data

Seperti yang kita telah tahu data yang terdapat didalam sistem ini adalah merupakan begitu lengkap serta menyeluruh.

Oleh dengan sebab itu, ia sangat berguna sekiranya dapat di eksport ke dalam mana-mana sistem kerana semua data sudah ada tersedia.

Untuk memudahkan pengurusan, guru boleh terus login ke dalam sistem lalu mengeksport data murid ini dengan cepat.

Berikut kami akan kongsikan secara ringkas cara muat turun maklumat data murid sekolah dalam bentuk Excel:

  1. Anda perlu melawat ke laman sesawang APDM.
  2. Log Masuk sistem APDM dengan memasukkan ID Pengguna, Kata Laluan lalu klik HANTAR.
  3. Klik pad Data Murid. Maklumat yang akan dimuat turun adalah mengikut tingkatan atau tahun.
  4. Klik Muat Turun Excel pada penjuru kanan di bahagian atas skrin untuk menyimpan ke dalam folder komputer supaya dapat diakses secara offline.

4. Kemaskini Maklumat Pelajar:

Rekod murid boleh dibuang atau dipadam dari sistem melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.

  1. Semak nama murid dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  2. Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid dalam kelas anda.
  3. Apabila telah selesai memilih sebab lalu padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.

5. Kemaskini Data Guru:

Sekiranya ingin mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas yang sediada, guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah supaya mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas yang sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.

TERLUPA KATA LALUAN

Sekiranya guru terlupa kata laluan atau mengalami sebarang masalah untuk mengakses sistem portal APDM, hubungi pihak admin sekolah tersebut lalu minta supaya katalaluan guru itu untuk diresetkan.

Admin sekolah mestilah menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ lalu klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan yang sedia ada kepada default password/kata laluan sementara.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai sistem ini, e-melkan kepada [email protected]

Leave a Comment